Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Dua Beradik Jual Satu Peket Udara Segar Pada Harga RM9

Gara-gara pencemaran udara semakin meningkat, dua beradik dari Xining, China dikatakan menjual udara segar secara online. Menerusi laman web yang disediakan, para pelanggan diminta untuk memilih jenis-jenis udara yang mereka inginkan. Sama ada dari atas gunung atau lembah gunung. Setiap peket plastik dijual pada harga 15 yuan dan mereka mendakwa sebanyak 100 peket udara telah berjaya dijual. Sungguhpun begitu, perniagaan ini dikatakan bukanlah kerana wang semata-mata. Tapi adalah untuk menarik perhatian agar orang ramai melindungi alam sekitar. Di Weibo, rata-rata mengecam tindakan dua beradik ini. Ada yang berpendapat mereka hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri. Tak kurang juga yang bertanyakan, berapa banyak kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap alam sekitar dengan menggunakan beg plastik. Udara milik Bumi, bagaimana mereka boleh menjadikan harta peribadi dengan menjualnya?” komen salah seorang netizen yang mengatakan idea itu membuatnya berasa sakit hati. Suda

Koleksi Kata-Kata Membina Peribadi 1.0

1.     Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur. 2.    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. 3.    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satuperkara iaitu USAHA. 4.    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan. 5.    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama. 6.    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap. 7.    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar. 8.    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik. 9.    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia. 10. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. 11. Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama. 12. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan. 13. Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni tetapi bergu

Tempat-tempat Menarik di Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Pahang mempunyai alam semulajadi yang cantik merangkumi tanah tinggi, gunung, gua, hitan lipur, tasik semulajadi, pulau dan pantai. Berikut adalah tempat-tempat menarik untuk dilawati : Hutan dan Taman Negara   Pahang adalah destinasi terbaik eko-pelancongan di Semenanjung Malaysia. Bagi individu yang gemarkan pengembaraan dan suka menikmati keindahan alam semulajadi, Taman Negara adalah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi. Sealain itu, terdapat juga taman semulajadi lain yang menarik untuk dikunjungi seperti Taman Rimba Kenong dan Taman Negara Endau-Rompin. Taman Negara   Bukit dan Gunung Terdapat banyak bukit dan gunung di sekitar negeri Pahang, malah gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia juga terletak di Pahang iaitu Gunung Tahan. Di Pahang juga terletaknya hampir semua tempat peranginan tanah

Antara 23 Fakta Yang Unik Terdapat di Dunia

Berbagai fakta-fakta unik dan menarik yang selama ini belum pernah terpikirkan oleh kita... Dream  - Jangan pernah berfikir kamu tahu semuanya. Kerana di dunia ini selalu je ada hal yang tidak pernah kamu bayangkan. Dan itu  nyata , Guys! Bukan sekadar pengetahuan semata-mata. Entah itu  fakta  seputar anatomi manusia ataupun benda-benda lain di planet ini. Berikut ini fakta-fakta  unik  dan menarik yang selama ini mungkin tak pernah terlintas di dalam benak kita. 1. Benda pos terbesar yang pernah dikirim melalui Pejabat Pos Negara Amerika Syarikat adalah bangunan, iatu pada tahun 1916. Seorang pengusaha muda bernama William H. Coltharp memutuskan untuk membangun sebuah bank baru di Vernal, Utah. Sudah tentu Coltharp tak mampu nak kirimkan bangunan melalui surat. Oleh sebab itu, dia mengirimnya 'dinding per dinding'. Caranya? Coltharp minta  batu  bata sebanyak 80.000 biji yang disimpan dalam 40 peti yang masing-masing beratnya 22 kilogram dikirimkan dari pe

Cara Guna Mesin CDM di CIMB Bank

          Pada zaman yang serba moden ini, serba serbi menjadi canggih. Dengan adanya Information Technology (IT), semua perkara menjadi mudah. Contohnya adalah mengenai jual beli online yang tidak asing lagi di media sosial. Banyak perkara yang kita dapat beli hanya dengan membuat pencarian di laman sesawang sperti Lazada, Zalora dan sebagainya. Sistem pembayarannya juga lebih mudah, hanya melalui 'online banking' atau pun membuat pembayaran di mesin ATM/CDM terdekat. Namun tidak semua pandai untuk membuat pembayaran melalui mesin ATM/CDM di bank tersebut.           Oleh sebab itu saya dengan rasa gembiranya ingin kongsikan cara membuat pembayaran melalui mesin CDM di CIMB Bank. Pada mesin ATM cash deposit CIMB Bank, sila buat seperti berikut :           1. Pilih bahasa.           2. Pilih Jenis Akaun (pilih “Akaun Bank”)           3. Masukkan nombor akaun bank CIMB yang hendak dibank in.            4. Masukkan duit ke dalam slot mesin ( RM10,RM50,RM100 )

Dekat Angkasa Lepas Sebenarnya Sejuk Ke Panas? Ini Jawapannya

Jika kita rasa keadaan di muka bumi adalah panas dan teringin untuk ke angkasa lepas untuk rasa lebih dingin dan sejuk, sebenarnya kita silap kerana ruang angkasa boleh jadi lebih panas daripada yang kita sangkakan. Persoalannya, adakah ruang angkasa lepas itu sebenarnya panas atau sejuk? Sebelum kita tahu sama ada angkasa lepas adalah panas atau sejuk, perlu diketahui terdapat 3 cara bagaimana haba berpindah tempat. Konduksi, konveksi dan radiasi. Jika kita panaskan hujung sudu dan menyentuh hujung satu lagi, satu ketika keseluruhan sudu akan turut menjadi panas. Ini dikenali sebagai konduksi. Pada waktu tengahhari dan saat kita sedang berehat di tempat redup, kita masih merasakan bahang matahari. Ini dikenali sebagai konveksi. Manakala radiasi merupakan perpindahan haba tanpa pengantara, boleh terjadi dalam ruang vakum. Radiasi menerangkan bagaimana haba matahari boleh sampai ke bumi.   Jika kita berada diruang angkasa lepas dan terkena sinar radiasi matahari, suhu minimu