Skip to main content

Dekat Angkasa Lepas Sebenarnya Sejuk Ke Panas? Ini Jawapannya

Jika kita rasa keadaan di muka bumi adalah panas dan teringin untuk ke angkasa lepas untuk rasa lebih dingin dan sejuk, sebenarnya kita silap kerana ruang angkasa boleh jadi lebih panas daripada yang kita sangkakan.

Persoalannya, adakah ruang angkasa lepas itu sebenarnya panas atau sejuk?

Sebelum kita tahu sama ada angkasa lepas adalah panas atau sejuk, perlu diketahui terdapat 3 cara bagaimana haba berpindah tempat. Konduksi, konveksi dan radiasi.

Jika kita panaskan hujung sudu dan menyentuh hujung satu lagi, satu ketika keseluruhan sudu akan turut menjadi panas. Ini dikenali sebagai konduksi.

Pada waktu tengahhari dan saat kita sedang berehat di tempat redup, kita masih merasakan bahang matahari. Ini dikenali sebagai konveksi.

Manakala radiasi merupakan perpindahan haba tanpa pengantara, boleh terjadi dalam ruang vakum. Radiasi menerangkan bagaimana haba matahari boleh sampai ke bumi.

 

Jika kita berada diruang angkasa lepas dan terkena sinar radiasi matahari, suhu minimum yang boleh dirasakan adalah kira-kira 150 darjah Celcius, iaitu lebih daripada suhu air mendidih.

Sebaliknya jika kita berlindung daripada sinar radiasi matahari, misalnya berlindung disebalik sayap kapal angkasa, suhu akan turun sehingga -200 darjah Celcius !

 

Rujukan:

1. https://macaulay.cuny.edu/eportfolios/sciencefordessert/2013/02/02/is-space-cold-or-hot/
2. https://www.quora.com/Why-is-space-273-degrees-with-the-sun-shining-but-hot-when-it-reaches-earth
3. https://www.universetoday.com/77070/how-cold-is-space/

 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Guna Mesin CDM di CIMB Bank

          Pada zaman yang serba moden ini, serba serbi menjadi canggih. Dengan adanya Information Technology (IT), semua perkara menjadi mudah. Contohnya adalah mengenai jual beli online yang tidak asing lagi di media sosial. Banyak perkara yang kita dapat beli hanya dengan membuat pencarian di laman sesawang sperti Lazada, Zalora dan sebagainya. Sistem pembayarannya juga lebih mudah, hanya melalui 'online banking' atau pun membuat pembayaran di mesin ATM/CDM terdekat. Namun tidak semua pandai untuk membuat pembayaran melalui mesin ATM/CDM di bank tersebut.           Oleh sebab itu saya dengan rasa gembiranya ingin kongsikan cara membuat pembayaran melalui mesin CDM di CIMB Bank. Pada mesin ATM cash deposit CIMB Bank, sila buat seperti berikut :           1. Pilih bahasa.           2. Pilih Jenis Akaun (pilih “Akaun Bank”)           3. Mas...

Tempat Menarik Di Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haii hari ini LA akan berkongsikan mengenai tempat-tempat menarik di Terengganu. Banyak tauu Negeri Terengganu  mempunyai banyak  tempat tempat menarik untuk percutian  terutamanya  keindahan pulau pulau yang cantik . Selain itu, keistimewaan terengganu adalah  kain songket , dimana songket Terengganu ni sangat halus buatannya. Tak hairanlah kalau kain songket mahal. Pakcik LA pun beli kain sampin satu pun dah cecah RM500. Tapi berbaloi membeli sebab songket dia cantik, halus tenunannya dan berkualiti. Tempat Tempat Menarik di Kuala Terengganu Muzium Negeri Terengganu TamanPanorama /Bukit Panorama Taman Monumen , Taman Tamadun Islam Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah Masjid Kristal Dataran Shahbandar Pasar Besar Kedai Payang Bukit Puteri Kuala Terengganu Waterfront Kuala Terengganu Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Tere...