Skip to main content

Punca dan Cara Hilangkan Sakit Kepala

Assalamualaikum ..

Hi korang.. Sihat tak ? alhamdulillah Lelaki Awesome sihat je. Musim-musim panas sekarang ni kan, macam-macam penyakit yang hinggap kat badan manusia kan . Tambah-tambah lagi penat memikirkan kerja yang banyak berlambak tu, nak dlm masa yang singkat la. Fuhh penat. Kadang kesemua penyakit ni muncul sampai kita tak larat langsung nak buat apa-apa kerja pun kan, tambah-tambah bila kena serangan sakit kepala.Huish ! Mahu pengsan tu kadang-kadang bila mai angin nak kepala berdenyut-denyut ! Pernah jadi kepala berdenyut ? Korang tahu ke apa sebabnya korang sakit kepala tu ?



Ye. Malam ni, LA nak kongsikan sedikit info kesihatan iaitu mengenai Punca Dan Cara Menghilangkan Sakit Kepala . Kalau nak tahu, jom baca sampai habis !



Punca Sakit Kepala

1. Sakit Kepala Yang Tegang

Sakit kepala yang tegang ini sering dialami orang ramai dan dianggap biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan pesakit akan terasa sakit sangat-sangat pada waktu pagi. Sakit ini terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stress dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam.

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Penigkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Banyak kan , jenis-jenis sakit kepala atau boleh dikatakan punca kita semua sakit kepala ... Tapi apa pula faktor yang menyebabkan kita terkena sakit kepala ni ?

Jom kita lihat faktor-faktor dan pencetus sakit kepala ini berlaku :

– Stres

– Corak tidur yang berubah

– Alkohol

– Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh

– Cahaya yang terang

– Kelaparan

– Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat

– Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej

– Kesan pengunduran dari kopi (kafein)

– Ubat-ubat tertentu – runding dengan pegawai farmai anda

– Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga

– Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Cara Mengatasi Sakit Kepala

Bagaimana cara untuk mengurangkan rasa sakit kepala yang menyerang ? Selain daripada ubat seperti panadol, mungkin anda juga boleh mendapatkan pain killer dari farmasi atau doktor di klinik. Pesakit juga boleh mencuba dengan meletakkan wap atau tuala panas pada bahagian sinus. Tapi LA lebih sarankan pembaca untuk try Panadol Extra, spt yg LA selalu guna bila sakit kepala. Apa yg menjadikannya cepat lega drpd sakit kepala adalah kerana kandungannya. Panadol Extra mengandungi caffein untuk melegakan sakit kepala dgn pantas. "Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?"😆

Cara-cara untuk menghindar sakit kepala pula adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup , jangan biarkan diri terlalu stress, makan makanan yang berkhasiat, biasakan memakai cermin mata hitam untuk mengelak dari silau dan akhir sekali dapatkan pemeriksaan mata dengan doktor.

Selain itu boleh cuba ambil sedikit air isotonik 100Plus dicampur dengan air suam dalam nisbah lebih krang 1:2. Minum dan tengok dulu samada sakit kepala kurang sedikti atau tidak. Sekiranya tidak berkesan , maka boleh la beralih dengan cuba makan ubat pula.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. In Shaa Allah

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Guna Mesin CDM di CIMB Bank

          Pada zaman yang serba moden ini, serba serbi menjadi canggih. Dengan adanya Information Technology (IT), semua perkara menjadi mudah. Contohnya adalah mengenai jual beli online yang tidak asing lagi di media sosial. Banyak perkara yang kita dapat beli hanya dengan membuat pencarian di laman sesawang sperti Lazada, Zalora dan sebagainya. Sistem pembayarannya juga lebih mudah, hanya melalui 'online banking' atau pun membuat pembayaran di mesin ATM/CDM terdekat. Namun tidak semua pandai untuk membuat pembayaran melalui mesin ATM/CDM di bank tersebut.           Oleh sebab itu saya dengan rasa gembiranya ingin kongsikan cara membuat pembayaran melalui mesin CDM di CIMB Bank. Pada mesin ATM cash deposit CIMB Bank, sila buat seperti berikut :           1. Pilih bahasa.           2. Pilih Jenis Akaun (pilih “Akaun Bank”)           3. Masukkan nombor akaun bank CIMB yang hendak dibank in.            4. Masukkan duit ke dalam slot mesin ( RM10,RM50,RM100 )

Tempat-tempat Menarik di Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Pahang mempunyai alam semulajadi yang cantik merangkumi tanah tinggi, gunung, gua, hitan lipur, tasik semulajadi, pulau dan pantai. Berikut adalah tempat-tempat menarik untuk dilawati : Hutan dan Taman Negara   Pahang adalah destinasi terbaik eko-pelancongan di Semenanjung Malaysia. Bagi individu yang gemarkan pengembaraan dan suka menikmati keindahan alam semulajadi, Taman Negara adalah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi. Sealain itu, terdapat juga taman semulajadi lain yang menarik untuk dikunjungi seperti Taman Rimba Kenong dan Taman Negara Endau-Rompin. Taman Negara   Bukit dan Gunung Terdapat banyak bukit dan gunung di sekitar negeri Pahang, malah gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia juga terletak di Pahang iaitu Gunung Tahan. Di Pahang juga terletaknya hampir semua tempat peranginan tanah

Dekat Angkasa Lepas Sebenarnya Sejuk Ke Panas? Ini Jawapannya

Jika kita rasa keadaan di muka bumi adalah panas dan teringin untuk ke angkasa lepas untuk rasa lebih dingin dan sejuk, sebenarnya kita silap kerana ruang angkasa boleh jadi lebih panas daripada yang kita sangkakan. Persoalannya, adakah ruang angkasa lepas itu sebenarnya panas atau sejuk? Sebelum kita tahu sama ada angkasa lepas adalah panas atau sejuk, perlu diketahui terdapat 3 cara bagaimana haba berpindah tempat. Konduksi, konveksi dan radiasi. Jika kita panaskan hujung sudu dan menyentuh hujung satu lagi, satu ketika keseluruhan sudu akan turut menjadi panas. Ini dikenali sebagai konduksi. Pada waktu tengahhari dan saat kita sedang berehat di tempat redup, kita masih merasakan bahang matahari. Ini dikenali sebagai konveksi. Manakala radiasi merupakan perpindahan haba tanpa pengantara, boleh terjadi dalam ruang vakum. Radiasi menerangkan bagaimana haba matahari boleh sampai ke bumi.   Jika kita berada diruang angkasa lepas dan terkena sinar radiasi matahari, suhu minimu