Skip to main content

Koleksi Kata-kata Membina Peribadi 2.0

Mutiara kata untuk semua………..

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. 

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. 

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. 

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. 

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. 

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong 

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. 

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa. 

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. 

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. 

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. 

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. 

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat. 

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. 

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. 

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah. 

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. 

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. 

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. 

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. 

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati… 

“Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa” 

“Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup” 

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. 

” Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.”
(La Roche) 

“Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair” 

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan” 

” Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima
sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

” Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab) 

Hadiah Terbaik 

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasangal
leher seorai.( A.L Alek Wong) 

” Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan” 

” Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.” 

” Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat” 

“Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”. 

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari”
( Saidina Ali) 

” Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”
(Saidina Ali) 

“Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman..” 

” Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka
ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu” 

“Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri” 

“Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.” 

“Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.” 

“Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.” 

“Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.” 

“Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.” 

“Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.” 

“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.” 

“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.” 

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.” 

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul.” 

“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yangterbaik.”

Comments

Popular posts from this blog

Cara Guna Mesin CDM di CIMB Bank

          Pada zaman yang serba moden ini, serba serbi menjadi canggih. Dengan adanya Information Technology (IT), semua perkara menjadi mudah. Contohnya adalah mengenai jual beli online yang tidak asing lagi di media sosial. Banyak perkara yang kita dapat beli hanya dengan membuat pencarian di laman sesawang sperti Lazada, Zalora dan sebagainya. Sistem pembayarannya juga lebih mudah, hanya melalui 'online banking' atau pun membuat pembayaran di mesin ATM/CDM terdekat. Namun tidak semua pandai untuk membuat pembayaran melalui mesin ATM/CDM di bank tersebut.           Oleh sebab itu saya dengan rasa gembiranya ingin kongsikan cara membuat pembayaran melalui mesin CDM di CIMB Bank. Pada mesin ATM cash deposit CIMB Bank, sila buat seperti berikut :           1. Pilih bahasa.           2. Pilih Jenis Akaun (pilih “Akaun Bank”)           3. Masukkan nombor akaun bank CIMB yang hendak dibank in.            4. Masukkan duit ke dalam slot mesin ( RM10,RM50,RM100 )

Tempat-tempat Menarik di Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Pahang mempunyai alam semulajadi yang cantik merangkumi tanah tinggi, gunung, gua, hitan lipur, tasik semulajadi, pulau dan pantai. Berikut adalah tempat-tempat menarik untuk dilawati : Hutan dan Taman Negara   Pahang adalah destinasi terbaik eko-pelancongan di Semenanjung Malaysia. Bagi individu yang gemarkan pengembaraan dan suka menikmati keindahan alam semulajadi, Taman Negara adalah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi. Sealain itu, terdapat juga taman semulajadi lain yang menarik untuk dikunjungi seperti Taman Rimba Kenong dan Taman Negara Endau-Rompin. Taman Negara   Bukit dan Gunung Terdapat banyak bukit dan gunung di sekitar negeri Pahang, malah gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia juga terletak di Pahang iaitu Gunung Tahan. Di Pahang juga terletaknya hampir semua tempat peranginan tanah

Dekat Angkasa Lepas Sebenarnya Sejuk Ke Panas? Ini Jawapannya

Jika kita rasa keadaan di muka bumi adalah panas dan teringin untuk ke angkasa lepas untuk rasa lebih dingin dan sejuk, sebenarnya kita silap kerana ruang angkasa boleh jadi lebih panas daripada yang kita sangkakan. Persoalannya, adakah ruang angkasa lepas itu sebenarnya panas atau sejuk? Sebelum kita tahu sama ada angkasa lepas adalah panas atau sejuk, perlu diketahui terdapat 3 cara bagaimana haba berpindah tempat. Konduksi, konveksi dan radiasi. Jika kita panaskan hujung sudu dan menyentuh hujung satu lagi, satu ketika keseluruhan sudu akan turut menjadi panas. Ini dikenali sebagai konduksi. Pada waktu tengahhari dan saat kita sedang berehat di tempat redup, kita masih merasakan bahang matahari. Ini dikenali sebagai konveksi. Manakala radiasi merupakan perpindahan haba tanpa pengantara, boleh terjadi dalam ruang vakum. Radiasi menerangkan bagaimana haba matahari boleh sampai ke bumi.   Jika kita berada diruang angkasa lepas dan terkena sinar radiasi matahari, suhu minimu